PHOTOGRAPHER
KURSUS FOTOGRAFI BENGKEL PHOTOGRAPHY PHOTOGRAPHY WORKSHOP
By: Adhadi Mohd Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Jan-2008 03:02 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Lina & Hidzir

 
 
 
View all 10 photos...
Photographer : Adhadi Mohd
Tempat : Taman Minang Cheras



Monday, 31-Dec-2007 03:17 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Lina & Hidzir, Taman minang Cheras

 
 
Jurugambar : Halim Appleshotz


Friday, 28-Dec-2007 09:52 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Izwan & Syarifah, Masjid Wilayah

 
 
 
View all 23 photos...
Jarang sekali saya dapat assignment untuk cover majlis perkahwinan pada hari bukan hujung minggu. Majlis ini di adakan pada hari khamis di masjid wilayah persekutuan.

Congrats kepada Izwan & syarifah, malam ini reception pulak kat kampung pengantin. '

Ada banyak lagi gambar mereka di sini

http://www.adhadimohd.com


Friday, 21-Dec-2007 14:41 Email | Share | | Bookmark
Fizan & Izan last entry, in dave hill style...

 
 
 
Lama dah tak buat editing begini. Kalau tak silap, editing style macam ni popular selepas dave hill menggunakan dalam hasil-hasil photographynya. Editing sebegini tidak sukar di buat, dengan membuat adjustment kepada brightness, contrast dan color, seterusnya dengan beberapa teknik high pass sharpening, anda boleh mendapat hasil sebegini.

Untuk fizan dan izan, memang seronok capture gambar wedding korang. Ramai betul kawan saudara-mara dan kawan2 fizan yang hadir. Tak pernah lagi rasanya lihat majlis dengan pengunjung semesra ini dengan pengantin. I think if fizan boleh masuk pilihanraya, i might vote for you.

kali ini, apa yang saya paparkan quite different. Kalau dulu saya quite reluctant untuk memaparkan editing yang sebegini. Sekarang dah tak berapa kisah lagi.

Untuk pertanyaan pakej dan tempahan perkhidmatan jurugambar, sila hubungi Adhadi, 016 2371946, email : jurugambar@adhadimohd.com, atau yahoo mesenger : adhadi.







Wednesday, 19-Dec-2007 19:22 Email | Share | | Bookmark
Corporate events coverage Portfolio, 2007

 
 
 
View all 5 photos...
Tahun 2007 hampir nak berakhir. Alhamdullilah, dalam tahun 2007 , walaupun baru setahun jagung dalam bidang photography, saya telah diberikan kepercayaan oleh beberapa pihak tertentu untuk melaksanakan tugas group photo yang bukan saja agak besar, malah agak high profile.

Entry saya kali ini adalah untuk 'highlight' beberapa event yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

1. 31st Inter Central Bank Games group photo.

Pada tahun ini, Bank Negara Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan sukan antara 4 bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia, Indonesia, Singapora & Thailand. Bersama Redmedia, kami telah melaksanakan tugasan 5 group photo untuk jumlah peserta yang terbesar sehingga 400 orang, di dalam kawasan dewan. Tugasan ini telah berjaya di laksanakan dengan menggunakan teknologi terbaru Nikon Wireless Creative Lighting System. Di mana hampir 5 buah wireless flash di gunakan untuk menerangi sejumlah peserta yang besar. Hasil gambar group photo ini telah di bingkai besar pada hari itu juga dan di hadiahkan kepada ke empat-empat governor bank pusat tersebut.


* group photo team BNM

2. Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan dan Pegawai-pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Yang ke 19
Persidangan ini telah berlangsung di Guoman Hotel Port Dickson, menyaksikan kehadiran Governor Bank Negara sendiri dan Ketua Polis Negara Malaysia. Disertai bersama salismaphoto, kami telah berjaya melaksanakan tugasan untuk group photo ini dengan jayanya. Sekali lagi Nikon Wireless Creative Lighting System telah digunakan untuk tugasan ini. Group photo ini juga telah di bingkaikan sebaik saja gambar di ambil dan seterusnya dihadiahkan sebagai cenderamata dari penganjur acara ini iaitu Bank Negara, kepada Ketua Polis Negara sendiri. Selain tugasan group photo ini, kami juga telah ditugaskan untuk membuat liputan sepanjang seminar dan mesyuarat berlangsung.



3. Bank Negara Annual Dinner 2007 Part 1, Sunway Convention Center
Tugasan ini merupakan tugasan terbesar saya sepanjang tahun 2007, juga boleh di katakan tugasan terbesar sepanjang karier saya sepanjang jurugambar. Di dalam acara ini, saya di bantu oleh zuhrie dari redmedia, dan juga shaiful safar, telah menjayakan tugasan sebagai jurugambar liputan acara sepanjang majlis berlangsung. Dengan kapasiti dewan seramai hampir 3000 orang, dan dalam pencahayaan dewan yang sungguh mencabar kerana hampir tiada siling, kami masih dapat menghasilkan gambar- gambar yang setanding dengan jurugambar-jurugambar professional yang telah berkecimpung di dalam bidang ini dengan lebih lama. Tugasan ini juga amat mencabar kerana gambar-gambar yang dihasilkan perlu boleh terus dipakai sebaik saja disalin keluar dari kamera kerana gambar2 ini perlu diserahkan sebaik selepas aturcara majlis tamat. Sebaik majlis tamat, kami telah menyerahkan hampir 2000 gambar kepada client kami.




4. Bank Negara Annual Dinner 2007 Part II, One world Hotel, Damansara
Untuk majlis ini, kami sekali lagi telah di beri kepercayaan untuk membuat liputan rakam fotografi aturcara majlis makan malam tahunan bank negara, bahagian kedua. Majlis ini diserikan oleh Noryn dan faizal tahir yang buat pertama kali berduet dan juga persembahan dari kakitangan2 bank negara yang cukup berbakat.




5. CITIGroup India CBG - Treasury Seminar 2007, JW Marriot

Pada seawal februari 2007, kami telah di berikan kepercayaan oleh BlueBox Event Management untuk mengendalikan rakaman photography sepanjang perjalanan seminar kewangan untuk delegasi dari Citigroup India. Seminar yang berlangsung selama 3 hari ini, telah menyaksikan keupayaan kami untuk menyiapkan hampir 3000 keping gambar untuk di serahkan dalam bentuk 100 keping salinan disc cenderahati kepada para delegasi dalam masa 24 jam sahaja. Project ini mempunyai cabaran yang tersendiri kerana para delegasi adalah merupakan para individu yang amat berjaya di India. Project ini telah di jayakan bersama Zuhrie dari Redmedia dan juga Rudie Azwan.



Di samping itu kami juga telah diberikan beberapa kali kepercayaan oleh Bank Negara Malaysia untuk merakamkan beberapa majlis seperti Family Day (photographer: syai) dan juga cabaran Treasure Hunt BNM 2007. Selain itu, saya juga telah di berikan kepercayaan oleh kumpulan pelajar dari UKM untuk merakamkan aktiviti seminar mereka di PD Marina.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kadar perkhidmatan photography bagi majlis dan aturcara korporat sila hubungi Adhadi di 016 2371946.


Sekian..
Terima kasih
Adhadi Mohd





[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net